Memandangkan tajuk Algoritma di dalam Asas Sains Komputer (ASK) agak sukar difahami oleh pelajar, di sini saya kongsikan beberapa maklumat penting bagi membolehkan pelajar lebih memahami tajuk ini.

Di bahagain akhir laman ini, saya juga telah menyertakan video-video Youtube yang saya temui untuk memantapkan lagi pemahaman pelajar berkenaan tajuk ini.

Sila pilih tajuk dibawah untuk membaca nota dan menonton video berkaitan.

APA ITU ALGORITMA?

Algoritma bermaksud tatacara yang tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan dan urutan tindakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

APAKAH PERKARA PENTING UNTUK MENULIS ALGORITMA?

Anda perlu mengenalpasti dan mengikuti perkara dibawah sebelum anda menulis sebuah algoritma:

  • Langkah-langkah dalam algoritma perlu ditulis dalam bahasa yang difahami oleh
    manusia. Contohnya, Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
  • Setiap langkah yang perlu dilaksanakan perlu dihuraikan dengan jelas.
  • Urutan langkah hendaklah dinyatakan dengan betul.

CARA MENULIS ALGORITMA

Algoritma boleh pada amnya boleh ditulis dalam pelbagai cara namun secara amya, ianya ditulis dengan menggunakan:

  1. CARTA ALIR
    • kaedah menggunakan simbol grafik seperti garis lurus, anak panah, dan bentuk geometri untuk mewakili urutan langkah bagi algoritma yang perlu dilaksanakan.
  2. PSEUDOKOD
    • memerihalkan langkah-langkah algoritma dengan menggunakan ayat-ayat yang ringkas dan padat.

Algoritma

SIMBOL – SIMBOL CARTA ALIR & PSEUDOKOD

Pseudokod menggunakan perkatan ringkas untuk mewakili tindakan dan tatacara program.

Carta alir pula memerlukan simbol bagi meringkaskan carta tersebut.  Bagi menulis carta alir, simbol – simbol dibawah adalah amat penting untuk diingati.

Algoritma

Video dibawah menerangkan simbol – simbol diatas dengan lebih jelas.

Anda boleh melukis atau membina carta alir dengan menggunakan perisian Microsoft Words dengan mudah.

Saksikan video dibawah untuk penerangan.

VIDEO PENERANGAN CARTA ALIR

Dibadah adalah video berkenaan algoritma, pembangunan algoritma, pembangunan psedokod dan pembangunan carta alir.

STRUKTUR KAWALAN CARTA ALIR & PSEUDOKOD

Secara amnya, terdapat tiga jenis struktur kawalan untuk kedua – dua pseudokod dan carta alir yaitu:

  1. Struktur kawalan pilihan tunggal (single selection)
  2. Struktur kawalan dwipilihan (double selection)
  3. Struktur kawalan pelbagai pilihan (multi selection)

Lihat video dibawah untuk mengenalpasti perbezaan ketiga – tiga struktur kawalan.

CONTOH – CONTOH PEMBINAAN CARTA ALIR DAN PSEDUOKOD

Di sini saya letakkan beberapa video pilihan untuk mempelajari tajuk ini.  Anda boleh memainkan semua video ini.

Untuk video lain berkaitan dengan Asas Sains Komputer, sila subscribe channel Youtube saya.

MAKLUMAT PENUH ASAS SAINS KOMPUTER

Bagi memudahkan guru – guru, mahupun pelajar mencari bahan di dalam laman ini, saya telah membuat sitemap untuk mata pelajaran ASK.

Sitemap ini adalah satu muka surat di laman web ini yang mempunyai senarai lengkap berkenaan semua tajuk dan bahan yang dikongsikan untuk ASK.

Saya akan mengemaskini sitemap ini setiap kali ada penambahan bahan berkaitan pada masa hadapan.

Untuk ke sitemap ASK, sila ke sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here