Antivirus yang terbaik adalah antivirus yang mampu melindungi komputer anda daripada serangan virus yang banyak berleluasa.

Persoalan berkenaan perisian antivirus (AV) sering sangat ditanya oleh guru-guru dan pelajar kepada saya memandangkan saya mengajar matapelajaran komputer.

Sebelum saya pergi lebih jauh, ada keperluan bagi anda memahami serba sedikit berkenaan virus komputer.

APAKAH VIRUS KOMPUTER?

Virus komputer datang dalam pelbagai bentuk dan jenis, namun secara umumnya, virus komputer boleh menyebabkan komputer anda menjadi kurang cekap (slow), menyebabkan maklumat peribadi anda dicuri, dan dalam kes-kes tertentu mengakibatkan kehilangan data/maklumat.

FUNGSI PERISIAN ANTIVIRUS (AV)

Semua perisian AV pada umumnya berfungsi dengan cara yang sama.

Antivirus yang terbaik berfungsi menghalang kemasukan virus komputer, dan memadamkan virus komputer sebelum ianya berkesempatan memasuki sistem komputer anda.

Sesetengah AV juga bertindak membersihkan sistem yang telah diserang oleh virus komputer.

Secara analogi, AV adalah seperti doktor perubatan kepada komputer yang mana akan bertindak ‘merawat’ dan menghalang kemasukan virus komputer.

KENAPA ANTIVIRUS YANG TERBAIK GAGAL BERFUNGSI

Secara umumnya, semua AV perlu dikemaskini dari masa ke semasa bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik.

Jika AV anda tidak dikemaskini kepada senarai virus komputer yang terkini, kemungkinan untuk komputer anda dijangkiti sangat tinggi. AV juga akan gagal berfungsi jika virus tersebut sangat baharu dan belum dikenalpasti oleh penulis kod AV.

Hal ini amat biasa berlaku, sekaligus mengakibatkan virus baharu mudah tersebar dengan cepat.

Anologi mudah adalah dengan membandingkan AV dengan seorang doktor perubatan.

Doktor perubatan yang telah lama berkhidmat, tetapi tidak mengambil tahu akan penyakit baharu tidak akan mengenali simptom penyakit tersebut, dan sekaligus tidak dapat memberikan ubat kepada pesakit penyakit tersebut dengan jayanya.

Hal sama berlaku dengan AV yang tidak dikemaskini. Jika AV anda tidak dikemaskini, virus baharu tidak akan dapat dikenalpasti, menyebabkan komputer anda mudah dicerobohi.

JADI APAKAH ANTIVIRUS YANG TERBAIK?

Bagi saya, semua AV adalah sama baik, namun ada AV yang lebih berat dan membebankan komputer.

Pada masa kini, pengguna Sistem Operasi (OS) Microsoft Windows saya cadangkan menggunakan perisian AV hasil pembangunan Microsoft yang bernama Windows Defender.

Perisian Windows Defender adalah percuma dengan Microsoft Windows berlesen, dan ianya cukup untuk mempertahankan komputer anda daripada serangan virus komputer.

Jika anda tidak mahu menggunakan Windows Defender, saya mencadangkan perisian Avira AV yang dibekalkan secara percuma oleh pembuatnya.

[ Download Windows Defender | Download Avira AV ]

APA YANG TIDAK SAYA GALAKKAN

Seboleh-bolehnya, jangan melakukan perkara berikut:

  • Memasang dua perisian AV. Ianya akan melambatkan komputer anda
  • Memasang AV, tetapi tidak mengemaskini AV tersebut
  • Menggunakan AV yang sukar dibuang dan berat (uninstall) seperti Avast dan Kapersky kerana ia akan membebankan komputer anda, dan menyukarkan AV jenis lain dipasang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here