Asas Pemikiran Komputasional Tingkatan 1 menekankan tentang aspek pemikiran komputasional.

Dalam aspek ini, pemikiran komputasional diterangkan bagi membolehkan pelajar memahami bagaimana komputer melaksanakan arahan dan tugasan yang telah diberikan kepadanya oleh manusia.

Secara amnya, komputer tidak boleh berfikir sendiri, tetapi ianya melaksanakan sesuatu arahan dan tugasan yang diberikan mengikut satu siri arahan yang melalui proses pemikiran komputasional.

DEFINISI PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

Pemikiran komputasional bermaksud satu proses pemikiran bagi tujuan menyelesaikan masalah oleh manusia sendiri berbantukan mesin atau kedua-duanya sekali dengan menggunakan konsep asas sains komputer.

PROSES PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

Pemikiran komputasional memecahkan sesuatu masalah kepada bahagian – bahagian lebih kecil sebelum ianya boleh dicam dan diselesaikan.

Semasa proses ini berlaku, perkara – perkara tidak penting akan diabaikan dan ciri – ciri penting yang mempunyai kesamaan akan dititik beratkan dalam menghasilkan solusi.

Proses pemikiran komputasional dapat di permudahkan dengan gambarajah dibawah.

TEKNIK DALAM PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

Terdapat empat teknik utama di dalam pemikiran komputasional. Ianya adalah:

  1. Teknik Leraian (Decomposiotion) : Pemecahan suatu masalah kepada bahagian kecil
  2. Teknik Pengecaman corak (Pattern Recognition) : Bahagian kecil yang sudah dipecahkan akan dipisah dan dianalisis bagi mengenalpasti corak – corak kesamaan.
  3. Teknik Peniskalaan (Abstraction) : Aspek kurang penting akan diasingkan dan ditinggalkan dan fokus akan diberi kepada aspek penting sahaja dalam menyelesaikan masalah.
  4. Teknik Pengitlakan (Generalisation) : Melibatkan pembinaan model penyelesaian masalah yang dihadapi.  Model boleh hadir dalam bentuk formula, teknik, peraturan atau langkah – langkah terhadap menyelesaikan masalah.

VIDEO ASAS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL TINGKATAN 1

1VIDEO PENERANGAN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

*Akan Dikemaskini*

2VIDEO PENERANGAN TEKNIK LERAIAN

3VIDEO PENERANGAN PENGECAMAN CORAK

4VIDEO PENERANGAN MEMBUAT KEPUTUSAN BERDASARKAN ASPEK PENTING

*Akan Dikemaskini*

5VIDEO PENERANGAN CIRI KESAMAAN MASALAH

*Akan Dikemaskini*

MAKLUMAT PENUH ASAS SAINS KOMPUTER

Bagi memudahkan guru – guru, mahupun pelajar mencari bahan di dalam laman ini, saya telah membuat sitemap untuk mata pelajaran ASK.

Sitemap ini adalah satu muka surat di laman web ini yang mempunyai senarai lengkap berkenaan semua tajuk dan bahan yang dikongsikan untuk ASK.

Saya akan mengemaskini sitemap ini setiap kali ada penambahan bahan berkaitan pada masa hadapan.

Untuk ke sitemap ASK, sila ke sini.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here