Video Kod Arahan Tingkatan 1 di sini dikongsikan khusus untuk membantu pelajar memahami tajuk – tajuk di bawah kod arahan.

Saya sedar dan tahu bahawa tajuk Kod Arahan tidak mudah untuk digapai pelajar, khususnya yang masih baru berjinak dengan kod aturcara.

Walaubagaimanapun, dengan video kod arahan Tingkatan 1 ini, disertakan juga dengan buku teks yang dibekalkan Kementerian Pelajaran Malaysia, saya berharap pelajar mampu menguasai tajuk ini.

VIDEO KOD ARAHAN HTML

HTML adalah singkatan untuk HyperText Marku Languague yang dibangunkan saintis bernama Tim Berners-Lee.

HTML adalah kod yang membantu pengguna internet berkomunikasi dengan pengguna lain di World Wide Web (WWW).

Ianya ditulis dengan menggunakan perisian Notepad.

MELAKAR PAPAN CERITA

Papan cerita iasalh satu siri lakaran yang menggambarkan isi kandungan untuk setiap paparan skrin suatu laman sesawang.

TAG DALAM HTML

HTML menggunakan kod – kod arahan yang dipangil tag HTML.

PARAGRAPH HEADINGS DALAM HTML

Paragraph headings mengarahkan pelayar web supaya memaparkan teks dengan saiz tertentu.

BANNER DALAM HTML

Banner ialah sepanduk web yang diletakkan dalam laman sesawang dan boleh digunakan sebagai tajuk kepada laman.

FRAME DALAM HTML

Frame adalah bingkai pada laman sesawang yang membahagikan sesebuah laman sesawang.

MENU DALAM HTML

Menu ialah pautan pantas ke bahagian – bahagian tertentu dalam laman sesawang.

PAUTAN TEKS DAN IMEJ DALAM HTML

Pautan membolehkan teks atau gambar disambungkan ke lokasi – lokasi lain.

MEMASUKKAN IMEJ DALAM HTML

Kemahiran memasukkan imej dalam HTML adalah penting bagi membolehkan laman web mempunyai gambar.

PULL-DOWN MENU DALAM HTML

Pull down menu adalah sejenis menu yang menyenangkan proses memasukkan dan memilih satu item yang diperlukan daripada senarai yang panjang.

RUANG KOMEN DALAM HTML

Ruang komen dalam HTML merupakan kod arahan HTML yang membenarkan pelawat memberi maklum balas apabila melayari laman sesawang (website).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here