Di sini saya nak kongsikan bagaimana untuk melakukan menggabungkan fail dokumen Microsoft Words.

Perisian Microsoft Word merupakan perisian pemproses perkataan yang paling popular di dunia.

Ianya digunakan secara meluas dan sudah pasti hadir situasi di mana kita perlu mengabungkan dua atau lebih dokumen Microsoft Words menjadi satu dokumen.

Bagi yang kurang arif berkenaan perisian ini, sudah pasti kerja ‘COPY’ dan ‘PASTE’ akan dibuat bagi setiap fail, dan ini bukan sahaja mengambil masa, tetapi boleh mengelirukan anda.

Oleh itu, di sini saya kongsikan satu cara mudah untuk menggabungkan fail dokumen Microsoft Words.

CARA MENGGABUNGKAN FAIL DOKUMEN MICROSOFT WORDS

Sebelum anda menggabungkan dokumen – dokumen Microsoft Words, anda perlu membuka perisian tersebut (dan dokumen kosong) di komputer anda.

Selepas anda membuka perisian Microsoft Words tersebut, pergi ke ke tabs INSERT dan cari bahagian OBJECT seperti yang anda lihat dibawah. OBJECT terletak pada sebelah kanan skrin anda.

menggabungkan fail dokumen Microsoft Words

Pada butang OBJECT itu, anda perlu klik pada anak panah kecil di tepi kanan dan memilih ‘TEXT FROM FILE’ seperti yang ditunjukkan di bawah.

Selepas memilih ‘TEXT FROM FILE’ sebuah tetingkap baharu akan dibuka untuk anda memilih fail yang anda mahu gabungkan.

Pilih semua file yang mahu digabungkan seperti dibawah.  Jika fail tersebut di dalam folder yang berbeza, anda perlu memindahkan fail tersebut ke folder sama bagi memudahkan kerja – kerja pengabungan dokumen Microsoft Words.

Apabila pemilihan fail sudah selesai, klik pada INSERT.  Pastikan anda memilih untuk INSERT sahaja dan jangan memilih ‘Insert As Link’.

menggabungkan fail dokumen Microsoft Words

Setelah selesai menekan INSERT, anda hanya perlu tunggu selama beberapa saat (bergantung kepada kemampuan sistem komputer anda) untuk melihat semua kandungan file tersebut digabungkan di dalam satu dokumen.

MENYIMPAN DOKUMEN BAHARU

Selepas beberapa dokumen sudah digabungkan anda sudah pasti mahu menyimpan dokumen tersebut untuk simpanan masa hadapan.

Untuk melalukan ini, anda perlu ke TAB FILE dan kemudiannya memilih SAVE AS.

Menggabungkan fail dokumen Microsoft Words

Sebuah tetingkap baharu akan dibuka untuk menyimpan file tersebut.

Di sini, anda perlu menaip nama fail pada ruangan FILE NAME, dan kemudiannya memilih jenis file tersebut pada pilihan SAVE AS TYPE.

Menggabungkan fail dokumen Microsoft Words

Pemilihan jenis file adalah penting pada ruangan SAVE AS TYPE.

Pilih Word Document jika mahu menyimpan file dalam bentuk Microsoft Words biasa.

Jika anda mahu ianya dalam bentuk PDF, agar ianya tidak boleh diubahsuai, pilih SAVE AS TYPE kepada PDF.

VIDEO PROSES MENGGABUNGKAN FAIL DOKUMEN MICROSOFT WORDS

KESIMPULAN

Sebenarnya menggabungkan dua atau lebih file Microsoft Words adalah tidak sukar sekiranya anda tahu akan caranya.

Diharapkan informasi yang saya kongsikan di sini mampu membantu dan memudahkan lagi anda apabila melakukan kerja dengan Microsoft Words.

Jika ada cadangan untuk tutorial, anda boleh hubungi saya di FB saya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here