Umum tahu bahawa menggunakan Sistem kehadiran online merupakan satu keperluan atau trend pada masa kini.

Di tempat saya berkhidmat, penggunaan sistem kehadiran adalah seara manual sebelum serangan Covid-19.

Sungguhpun demikian, dengan sentuhan permukaan tidak digalakkan pada masa kini, sekolah saya telah mengambil keputusan untuk merakam kehadiran guru dengan menggunakan satu sistem kehadiran atas talian (online).

CIRI – CIRI SISTEM KEHADIRAN ONLINE YANG BAIK

Memandangkan saya bertanggungjawab keatas data kehadiran guru, saya telah dipertanggungjawabkan mencari cara untuk merakam kehadiran guru tanpa melibatkan sentuhan.

Sebelum sistem tersebut direka, sistem tersebut seharusnya memenuhi kriteria berikut:

  • Mudah digunakan semua – Tidak perlukan skil banyak untuk menggunakannya
  • Ringan – Tidak menggunakan banyak internet/data
  • Cepat diakses – Sistem berfungsi dengan cepat

Dalam pada itu, sistem kehadiran online dengan menggunakan Google Documents/Forms telah dicadangkan dan dibuat.

Google Forms dicadangkan kerana sistem Google Documents yang mengandungi Google Forms telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Sistem DeLIMA.

Oleh itu, penggunaan Google Forms dilihat sesuai untuk penyelesaian kehadiran online sehingga sistem lebih canggih yang mungkin memerlukan pengeluaran wang dilaksanakan.

PEMBINAAN SISTEM KEHADIRAN ATAS TALIAN

Sistem kehadiran yang saya bangunkan melibatkan dua sistem serupa – Sistem Kehadiran Masuk, dan Sistem Kehadiran Keluar.

Ini dilakukan bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan pengguna sistem.  Langkah – langkah pembinaan sistem tersebut boleh dilihat di dalam video di bawah.

PENINGKATAN SISTEM PADA MASA HADAPAN

Selepas digunakan selama seminggu, sistem tersebut terbukti berkesan mengesan kehadiran dengan mudah.

Walaubagaimanapun, pengambilan data kehadiran dilihat agak kurang kemas memandangkan bilangan data yang diambil sangat banyak.

Oleh itu, saya kini sedang mengemaskini sistem bagi membolehkan laporan kehadiran dibuat dengan lebih teratur dan kemas pada masa hadapan.

Jika ada perubahan pada sistem ini, saya akan kemaskini artikel ini sekali lagi.

Diharapkan perkongsian saya ini akan dapat membantu di dalam membuat sistem kehadiran bagi orginsasi atau sekolah anda sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here