DSKP KSSM Asas Sains Komputer Tingkatan 2, atau juga dikenali sebagai Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) ASK Tingkatan 2 adalah dokumen panduan utama untuk satu mata pelajaran baharu yang diperkenalkan iaitu Asas Sains Komputer (ASK) yang diajar
kepada murid di peringkat menengah rendah.

ASK merupakan kesinambungan mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang telah diperkenalkan kepada murid di sekolah rendah dan menggantikan program Information and Communication Technology Literacy (ICTL) sekolah menengah yang telah dilaksanakan mulai tahun 2007.

Dalam abad Ke-21, murid bukan hanya bertindak sebagai pengguna teknologi yang berpengetahuan malah menyediakan mereka ke arah pencipta teknologi dan pencetus idea baharu.

Selaras dengan hasrat untuk melahirkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), subjek ASK diperkenalkan agar murid diajar tentang prinsip-prinsip asas dan konsep pembinaan teknologi digital supaya menjadi individu yang mempunyai pemikiran komputasional serta memahami bahawa teknologi digital pada hari ini mampu menyelesaikan masalah
masa hadapan.

DSKP ASK bertujuan menjadi rujukan utama kepada guru untuk melaksanakan kurikulum ASK di peringkat sekolah. Adalah diharapkan hasrat yang terkandung di dalam kurikulum ASK dapat difahami dan seterusnya dilaksanakan dengan baik oleh guru bagi menyediakan murid yang mempunyai kemahiran pemikiran komputasional yang dapat memberi sumbangan kepada negara pada masa hadapan.

MATLAMAT DSKP KSSM ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 2

KSSM ASK bermatlamat untuk menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran pemikiran komputasional.

Kemahiran ini dapat melengkapkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas sains komputer yang merangkumi kemahiran pengaturcaraan dan algoritma bagi melahirkan murid yang kreatif, inovatif, dinamik dan beretika dalam mengamalkan budaya TMK.

OBJEKTIF

KSSM ASK bertujuan membolehkan murid mencapai objektif berikut:

  • Menyusun, menganalisis dan mempersembahkan data atau idea secara logik dan sistematik;
  • Mengguna, mengesan dan membetulkan kesalahan algoritma dan atur cara menggunakan pemikiran logik dan pemikiran komputasional;
  • Menyelesaikan masalah kompleks melalui pemikiran komputasional menggunakan penyelesaian berteraskan komputer; dan
  • Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengkomputeran secara beretika, berhemah dan bertanggungjawab.

FOKUS

Kurikulum ASK menengah rendah memberi fokus ke arah menyediakan murid yang berfikiran komputasional.

Kerangka kurikulum ASK dibina berasaskan kesepaduan unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui empat (4) Bidang Pembelajaran yang digubal iaitu Konsep Asas Pemikiran
Komputasional, Perwakilan Data, Algoritma dan Kod Arahan.

Bidang Pembelajaran ini menghasilkan murid berfikiran komputasional yang mampu menyelesaikan masalah, mereka bentuk sistem serta memahami tingkah laku manusia yang merupakan prinsip asas sains komputer seperti yang diterangkan
pada dibawah.

Pemikiran komputasional ialah kebolehan untuk memahami dan mengaplikasi prinsip asas sains komputer.

Melalui pemikiran komputasional, kaedah penyelesaian masalah diterjemah dalam bentuk yang boleh dilaksanakan dengan berkesan menggunakan penyelesaian berteraskan komputer.

Pemikiran komputasional ialah kebolehan untuk memahami dan mengaplikasi prinsip asas sains komputer.

Melalui pemikiran komputasional, kaedah penyelesaian masalah diterjemah dalam
bentuk yang boleh dilaksanakan dengan berkesan menggunakan penyelesaian berteraskan komputer.

MUAT TURUN DSKP ASK T2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here