DSKP KSSM PVMA – PPU Tingkatan 5, atau juga dikenali sebagai Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (PPU) Tingkatan 4, merupakan dokumen untuk mata pelajaran elektif di dalam kelompok Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Ianya digubal untuk menyediakan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran dengan asas profesional bidang pekerjaan teknikal seiring dengan perkembangan teknologi dan menyumbang peningkatan ekonomi negara.

KSSM PVMA – PPU berfokuskan kepada perkembangan teknologi dalam bidang Penyejukan dan Penyamanan Udara yang menekankan pengetahuan teras teknikal, kemahiran kebolehkerjaan serta nilai dan etika profesionalisme.

Kandungan KSSM PVMA – PPU mampu melengkapkan murid dengan kemahiran asas yang diperlukan bagi menghadapi cabaran Revolusi Industri ke-4 dan memenuhi keperluan tenaga kerja industri untuk memacu ekonomi Malaysia.

KSSM PVMA – PPU menggalakkan pembelajaran berpusatkan murid dan penglibatan mereka secara aktif dalam kerja kumpulan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, kreativiti, imaginasi, semangat kerja sepasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah.

KSSM PVMA – PPU juga memberi peluang kepada murid untuk mengalami pembelajaran secara inkuiri yang melibatkan perbincangan, penaakulan dan membuat refleksi ke arah melahirkan insan yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) KSSM PVMA – PPU dilaksanakan secara bersepadu merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai pelbagai bidang kejuruteraan seiring dengan perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani.

KSSM PVMA – PPU mengambil kira pemerhatian, maklum balas dan pengalaman melalui proses PdP bagi membolehkan artikulasi ke peringkt tertiari serta memenuhi keperluan industri.

MATLAMAT DSKP KSSM PVMA – PPU

KSSM PVMA – PPU dibangunkan dalam usaha mewujudkan tenaga kerja mahir dalam bidang penyejukbekuan dan penyamanan udara.

Ianya dibina untuk digunakan dalam menilai kompetensi pelajar dalam bidang penyejukbekuan dan penyamanan udara seperti dapat menilai risiko dan bahaya,mengendali bahan pendingin, memasang kipas pengudaraan, memasang unit penyaman udara jenis tingkap dan jenis pisah supaya dapatmelakukan kerja memasang, menservis, mengesan dan membaikpulih kerosakan mengikut prosedur yang betul.

OBJEKTIF

KSSM PVMA – PPU bertujuan membolehkan murid mencapai objektif berikut:

  1. Menilai risiko dan bahaya dalam kerja pemasangan.
  2. Mengendalikan bahan pendingin mengikut prosedur yang betul.
  3. Memasang dan menyelenggara kipas pengudaraan mengikut prosedur yang betul.
  4. Memasang dan menyelenggara unit penyaman udara jenis tingkap satu fasa mengikut prosedur yang betul.
  5. Memasang dan menyelenggara unit penyaman udara jenis pisah satu fasa mengikut prosedur yang betul.

FOKUS

KSSM dalam bidang Penyejukan dan Penyamanan Udara memberi penekanan kepada asas pengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan

MUAT TURUN DSKP PVMA – PPU T5

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here