e-Operasi merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru.

e-Operasi telah dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Modul ini melibatkan pengurusan data berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan pengguna (guru dan bukan guru).

KATEGORI PENGGUNA

Sasaran pengguna utama modul ini ialah pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat
Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan pengguna (guru dan bukan guru). Perincian
adalah seperti berikut:

  • Pengguna – Hanya pengguna yang telah DIDAFTARKAN oleh Pentabir Sistem sahaja
    dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini, dan;
  • Pentadbir Sistem – Hanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.

URL DAN PELAYAN (BROWSER)

e-operasi

URL bagi e-Operasi ialah https://eoperasi.moe.gov.my.

Paparan terbaik menggunakan pelayar (browser) Internet Explorer (IE) 7 ke atas, Mozilla
Firefox 3.0.18 ke atas, atau Chrome dengan paparan 1024 x 768.

PENYATAAN PENAFIAN MENGGUNAKAN E-OPERASI

Pengguna aplikasi web bertanggungjawab untuk merahsiakan pengenalan identiti pengguna masing-masing. Kementerian Pendidikan Malaysia tidak bertanggungjawab kepada sebarang masalah yang timbul akibat pencerobohan pengenalan identiti pengguna dan kecuaian disebabkan oleh pihak pengguna.

LAMAN UTAMA E-OPERASI

Laman utama e-Operasi memaparkan beberapa maklumat penting iaitu Pengumuman, Log Masuk, Bantuan, Paparan Ralat, Hakcipta dan Penafian. Pengguna boleh memperoleh maklumat terkini dari ruangan pengumuman dan Log Masuk ke e-Operasi dengan memasukkan LoginID, Kata laluan, dan No. KP yang telah didaftarkan.

Paparan mesej ralat bertujuan memaklumkan pengguna sekiranya butiran yang dimasukkan di Log Masuk tidak tepat.

Bantuan yang disediakan di e-Operasi adalah berkaitan lupa kata laluan, tukar kata laluan, dan pendaftaran pengguna.

PERGI KE LAMAN UTAMA

PENDAFTARAN PENGGUNA

Pengguna perlu mengisi ruangan ini dengan teliti supaya tiada masalah ketika log masuk ke sistem. Pastikan semua butiran adalah betul dan tepat terutama Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel. Kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu diingat oleh pengguna kerana medan ini diperlukan jika hendak menukar kata laluan.

Klik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran. Pengguna boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi.

LOG MASUK E-OPERASI

Setelah membuat pendaftaran, pengguna boleh log masuk ke sistem dari LAMAN UTAMA dengan memasukkan butiran ID, Kata Laluan dan No. KP.

Sekiranya maklumat yang dimasukkan tidak tepat, paparan MAKLUMAT LALUAN MASUK SALAH akan dipaparkan. Pengguna perlu memastikan butiran adalah tepat seperti didaftarkan. Anda boleh log masuk ke laman e-operasi dibawah.

LOGIN KE E-OPERASI

LUPA KATA LALUANE-OPERASI

Sekiranya terlupa kata laluan, pengguna boleh mendapatkan semula kata laluan tersebut dengan memilih pautan Lupa Kata Laluan yang berada dilaman utama e-Operasi. Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan. Klik butang HANTAR, kata laluan pengguna akan dihantar melalui emel yang telah didaftarkan.

TUKAR KATA LALUAN

Pengguna boleh menukar kata laluan dengan memilih pautan Tukar Kata Laluan yang berada di laman utama e-Operasi. Semua ruangan wajib diisi. Maklumat berkaitan soalan keselamatan dan jawapan adalah sama seperti membuat pendaftaran pengguna.

LOG MASUK MENGIKUT PERANAN

  • Pengguna – Setelah berjaya log masuk, terdapat paparan bagi nama dan no kp. Senarai menu disediakan di sebelah kiri. Pautan Muat Turun Manual Pengguna juga disediakan bagi memudahkan pengguna. Sekiranya terdapat maklumat tidak tepat, pengguna perlu memaklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk dikemaskini.
  • Pentadbir Sistem – Setelah berjaya log masuk, terdapat paparan bagi nama dan no kp. Beberapa menu disediakan di bahagian kiri untuk dipilih mengikut peranan. Pautan Muat Turun Manual Pengguna juga disediakan bagi memudahkan pengguna.

LOG KELUAR

Pengguna diingatkan supaya sentiasa klik pada pautan Keluar bagi menamatkan sesi penggunaan sistem. Ini adalah langkah selamat agar tiada pihak yang cuba menyalahgunakan maklumat berkaitan.

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here