e-Tukar Bukan Guru (atau kami sebutkan sebagai eTukar Bukan Guru sahaja) adalah sistem pengurusan pertukaran kakitangan bukan guru di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Untuk pertukaran di kalangan guru, anda perlu menggunakan sistem eG-TUKAR.

Sistem ini dibangunkan bagi tujuan membuat urusan pertukaran dan menyimpan data-data permohonan pertukaran kakitangan bukan guru secara lebih efisien dan efektif.

Sistem etukar bukan guru dapat menyediakan permohonan secara atas talian (online).

Sistem ini dapat memproses permohonan pertukaran secara sistematik dan efisyen melalui pangkalan data berpusat, secara langsung ianya dapat memendekkan tempoh pemprosesan permohonan pertukaran.

PERSEDIAAN MENGGUNAKAN ETUKAR

Para pegawai yang ingin menggunakan sistem eTUKAR perlu membuat persediaan rapi sebelum masuk ke sistem tersebut.

Sila pastikan sebelum login, keperluan berikut dipenuhi bagi memastikan kelancaran proses permohonan tuan/puan.

Dokumen-dokumen berikut perlu disediakan sama ada didalam format pdf/bitmap/jpeg dll untuk di muat naik semasa membuat permohonan pertukaran :

  • Sijil Pendaftaran Perkahwinan/Nikah ; jika berkaitan
  • Surat Pengesahan Majikan Pasangan ; jika berkaitan
  • Surat Pengesahan Doktor ; jika berkaitan
  • Surat Daftar Perceraian/Kematian ; jika berkaitan
  • Surat Kelahiran Anak ; jika berkaitan
  • Laporan Polis; jika berkaitan dan
  • Lain-lain dokumen berkaitan.

Permohonan eTUKAR perlu disahkan oleh Pengesah I dan Pengesah II terlebih dahulu sebelum dimajukan kepada BPSM.

Pengesah I adalah terdiri di kalangan guru besar/pengetua/pengarah-pengarah ipg/pengarah-pengarah kolej matrikulasi,pegawai BTPN dan lain-lain yang melaksanakan tugas sebagai ketua jabatan.

Pengesah II pula terdiri daripada Pengarah JPN/pengarah/setiausaha bahagian dan lain-lain.

Pemohon adalah diingatkan untuk membuat susulan dengan Pengesah I bagi memastikan permohonan yang dibuat telah disahkan agar permohonan berkenaan dimajukan kepada Pengesah II.

LOGIN ETUKAR BUKAN GURU

LOG MASUK KE ETUKAR BUKAN GURU

LUPA KATALALUAN ETUKAR

Klik pada lupa kata laluan, kata laluan baru akan dihantar melalui emel yang telah didaftarkan.

Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang emel ini bermakna emel yang didaftarkan tidak sah.

Langkah seterusnya pemohon boleh emelkan ID pengguna (No. Kad Pengenalan) dan nama penuh ke alamat etukar@moe.gov.my.

Pihak pentadbir e-tukarakan membantu dan memberikan kata laluan baru kepada anda melalui emel.

REVIEW OVERVIEW
Antaramuka
Populariti
Previous articleeG-Tukar KPM
Next articleSemakan keputusan STPM 2019
Cyril Dason adalah seorang guru yang mengajar mata pelajaran Asas Sains Komputer dan PVMA - PPU.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here