EPSA Malaysia adalah merupakan akronim kepada E-Pembelajaran Sektor Awam.

Ini merupakan langkah meningkatkan profesionalisme pekerja sektor awam, secara pembelajaran atas talian dan dibangunkan INTAN.

Di sini adalah maklumat dan perkongsian saya berkenaan kursus secara online dengan EPSA.

TATACARA LOG MASUK EPSA MALAYSIA

Sebelum anda log masuk ke EPSA, anda kena mengetahui perkara berikut:

  • Gunakan browser Google/Mozilla Firefox/Safari.  Anda tidak digalakkan menggunakan browser Internet Explorer.
  • ID Pengguna adalah no mykad tanpa ‘_’.
  • Kata Laluan bagi EPSA adalah eps@[6 digit terakhir no.mykad tanpa ‘_’. Contoh : eps@112233 (Ini adalah untuk pegawai pendidikan/KPM sahaja)
  • Setelah masuk kata laluan perlu ditukar dan maklumat peribadi anda perlu dikemaskini.  Jika sistem tidak meminta anda berbuat demikian, klik pada “User Profile” untuk membuat perubahan.
  • Kegagalan mengemaskini maklumat peribadi akan mengganggu proses ketika mencetak sijil
  • Pastikan kata laluan yang dikemaskini mendapat indicator berwarna hijau iaitu “Good Password”

LOGIN EPSA MALAYSIA

BAGAIMANA UNTUK MENGGUNAKAN EPSA

Selepas anda berjaya memasuki EPSA, anda akan diminta mengemaskini maklumat anda jika ini merupakan log masuk pertama.

Selepas itu (atau log masuk kemudiannya), anda akan terus ke dashboard EPSA seperti di bawah.

Klik ‘Course Catalog’ untuk memilih senarai kursus online yang anda berminat untuk ikuti.

Pastikan anda mengambil perhatian akan masa minimum dan masa maksimum kursus – kursus yang ditawarkan.
EPSA MALAYSIA

Ambil perhatian berkenaan tajuk – tajuk kecil di bawah kursus online pilihan anda seperti yang anda lihat dibawah.

EPSA MALAYSIA

Pastikan bahawa kursus online yang anda pilih itu memenuhi masa minimum yang ditetapkan, dan tidak menjangkau masa maksimum kursus.

Anda juga perlu berhati – hati apabila mengikuti tajuk – tajuk yang diberikan di dalam kursus tersebut. Pastikan anda klik pada setiap bahan yang perlu di klik dan hanya pergi ke slaid seterusnya apabila butang ‘next’ berwarna hijau seperti dibawah.

Anda hanya dianggap berjaya menghabiskan tajuk yang anda sedang ikuti apabila butang ‘Completed’ telah menyala.  Jika ianya tidak menyala, kemungkinan besar ada bahagian yang anda terlepas.

Setelah anda selesai mengikuti kursus online ini dengan jayanya, anda akan diberikan sijil online yang boleh dimuat turun dan dicetak bagi kegunaan peribadi.

Untuk memastikan kursus online ini turut didaftarkan dalam SPLG anda, kursus 7 hari setahun tersebut, maka jangan lupa register sendiri ke eSPLG KPM.

Kemudian maklumkan kepada SU LADAP, untuk pengesahan kursus tersebut. Fotostat juga satu salinan untuk diberikan kepada SU LADAP sebagai bukti dan rekod disimpan pihak sekolah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here