Google Classroom KPM, juga dikenali sebagai Google Classrom MOE ialah perkhidmatan web percuma yang dibangunkan oleh Google untuk sekolah-sekolah yang bertujuan untuk mempermudahkan membuat, mengedarkan dan mengukur tugasan dalam cara tanpa kertas.

Tujuan utama Google Classroom KPM adalah untuk menyelaraskan proses perkongsian fail antara guru dan pelajar.

Google Classroom menggabungkan Google Drive untuk penciptaan dan pengedaran tugasan, Dokumen Google, Helaian dan Slaid untuk penulisan, Gmail untuk komunikasi, dan Google Calendar untuk penjadualan.

Di Malaysia, Google Classroom KPM diperkenalkan pada 2019, namun penggunaannya telah diperhebatkan pada bulan Mac 2020 berikutan Perintak Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penyakit Covid-19.

LOG MASUK GOOGLE CLASSROOM KPM?

Sebelum anda log masuk ke Google Classroom Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), anda perlu memastikan anda memiliki ID Portal Digital KPM.

ID ini biasanya diberi dalam bentuk ‘g-xxxxxxx@moe-dl.edu.my’ dan diberikan secara percuma kepada semua guru KPM mulai 2019.

1. Buka browser (komputer atau telefon pintar, taipkan URL https://portal.moe.edu.my/ atau https://portal.moe-dl.edu.my/.  Sebagai alternatif, anda juga boleh terus ke https://classroom.google.com.

2. Masukkan ID Portal Digital KPM anda, contoh : (g-xxxxxxx@moe-dl.edu.my), klik >Next

3. Kemudian masukkan Password, klik >LOG MASUK. Apabila anda sudah log masuk, dashboard utama akan keluar seperti yang anda lihat pada bahagian bawah.

4. Lihat ke bahagian atas kanan skrin, dan pilih menu ‘GURU’.  Jika anda pelajar sila pilih ‘MURID‘.

5. Bagi Guru, dashboard seperti dibawah akan kelihatan.

Bagi pelajar pula, dashboad seperti dibawah akan kelihatan.  Pelajar perlu memilih AKTIVITI untuk menyertai aktiviti. Pelajar boleh melihat cara log in ke Google Classroom dengan lebih baik pada video pada pautan dibawah.

KLIK UNTUK MELIHAT VIDEO LOGIN UNTUK PELAJAR

6. Untuk GURU, Klik pada ‘Pembelajaran Digital di Rumah‘ untuk memasuki Google Classroom.

7. Anda akan kemudiannya dibawa ke satu pautan lain dimana anda perlu login atau pilih semula log masuk dengan menggunakan ID KPM / MOE anda (g-xxxxxxx@moe-dl.edu.my). Halaman baharu ini mempunyai pautan ke Google Classroom seperti dibawah. Klik pada simbol Google Classroom.

8. Selepas memilih Google Classroom, anda mungkin akan sekali lagi diminta memilih akaun google yang perlu digunakan seperti gambar di bawah.  Pilih akaun dengan ID KPM anda.

 

9. Selepas selesai memilih ID KPM, sila click ‘CONTINUE’ dan anda akan dibawa ke dashbord utama Google Classroom KPM.

Jika admin Google Classroom anda telah mengemaskini kelas, anda akan melihat paparan seperti dibawah.

NOTA: Jika anda login dengan pelbagai akaun pada Google, anda mungkin akan disuruh memilih akan untuk Google Classroom. Sila pilih akaun Google Classroom menggunakan ID KPM. Lihat imej dibawah.

MENGGUNAKAN GOOGLE CLASSROOM KPM UNTUK MENGAJAR

Langkah seterusnya adalah untuk menambah pelajar ke dalam Google Classroom anda.  Pada kebiasaannya, guru penyelaras Google Classroom sudahpun menjemput pelajar untuk menyertai kelas anda.

Jika ada pelajar tercicir, anda boleh menjemput mereka ke kelas anda.

Masuk ke kelas pilihan anda, dan dapatkan CLASSROOM CODE pada bahagian atas kiri classroom anda seperti ditunjukkan dibawah.

Google Classroom KPM

Class Code ini harus diberi kepada pelajar yang tercicir tadi agar dia boleh menyertai Google Classroom anda.

Pautan Google Meet (Video-conferencing) juga ada disediakan dibawah Class Code jika anda perlu bersemuka.

Apabila anda selesai menambah pelajar, langkah seterusnya adalah untuk memulakan sesi pengajaran anda.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, anda boleh menggunakan Google Meet untuk membuat kelas maya dengan menggunakan video-conferencing).

Anda juga boleh memilih untuk menyediakan kuiz, latihan, nota dan sebagainya dengan pergi ke CLASSWORK, dan CREATE seperti anda lihat dibawah.

Google Classroom KPM

Cara untuk menyediakan kuiz, latihan, nota dan sebagainya adalah sama seperti ketika menggunakan Google Documents di dalam Google Drive.  Contoh kuiz yang saya sediakan dengan menggunakan Google Documents boleh anda lihat disini.

VIDEO PENGENALAN KEPADA GOOGLE CLASSROOM

Jika anda mendapati sukar untuk menggunakan kaedah diatas, saya juga telah menyediakan video ringkas dibawah untuk memperkenalkan Google Classroom kepada anda.

MENAMBAH PELAJAR KE KELAS ANDA

Google Classroom adalah sejenis aplikasi tertutup.  Ini bermaksud, anda hanya boleh berinteraksi bersama pelajar – pelajar di dalam organisaisi atau sekolah anda sahaja.

Dalam kes KPM, organisasi tertutup itu adalah melibatkan pelajar dan guru sekolah awam yang dibawah KPM.  Mereka ini diberi ID pengguna oleh KPM.

Jika guru ingin menambah pelajar ke kelas mereka, sila lihat video dibawah untuk bantuan.

BANTUAN GOOGLE CLASSROOM KPM

Jika anda mempunyai sebarang permasalahan berkenaan Google Classroom KPM, anda boleh mengajukannya di Telegram rasmi KPM pada pautan https://t.me/GoogleClassroomTraining.

Anda juga boleh muat turun Modul Lengkap Google Classroom untuk mempelajari Google classroom secara lebih mendalam.

Anda juga boleh menghubungi saya melaui email chegu@cyrildason.com atau DM di Facebook https://fb.com/cyrildason jika memerlukan bantuan. Saya akan cuba membantu.

 

REVIEW OVERVIEW
Antaramuka
Populariti
Kebolehgunaan
Previous articlePelajar Tingkatan 6 dan Diploma dapat RM200
Next articleKPM batalkan UPSR dan PT3 tahun 2020
Cyril Dason adalah seorang guru yang mengajar mata pelajaran Asas Sains Komputer dan PVMA - PPU.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here