Sekolah di Malaysia akan mengamalkan penjarakan sosial apabila ianya dibuka semula kelak.

Menurut Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin, hanya kelas peperiksaan awam, yakni Tingkatan 5 dan Tingkata 6 Atas akan turun dahulu apabila sekolah dibuka semula.

Sekolah – sekolah apabila dibuka diminta wajib untuk mematuhi garis panduan yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi amalan kebersihan dan penjarakan sosial.

Beliau turut menyatakan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran kini masih berjalan seperti yang dijadualkan di dalam takwin persekolahan.

Tambah Radzi, KPM akan memastikan pelajar, khususnya pelajar peperiksaan awam, mempunyai cukup ruang dan peluang untuk bersedia untuk peperiksaan awam.

Peperiksaan SPM dan setaraf dengannya akan dibuat pada awal penggal tahun 2021.

Radzi juga turut memaklumkan bahawa pihak KPM akan memaklumkan pembukaan sekolah dua minggu sebelum mengarahkan sekolah dibuka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here