Pada masa kini, ramai yang sudah tahu akan Kelebihan cloud storage.

Lebih popular dengan nama ‘cloud storage’ dalam bahasa Inggeris, cloud storage kini merupakan satu keperluan yang penting di sekolah mahupun institusi pengajian.

Oleh kerana ianya semakin popular, guru-guru dan pelajar harus mengetahui serba sedikit tentang cloud storage dan apa yang boleh dilakukan denganya.

APAKAH CLOUD STORAGE?

Cloud storage adalah satu perkhidmatan penstoran data dimana data yang disimpan itu akan dijaga, diselenggara oleh pihak ketiga yang biasanya turut mengawal dan memiliki storan fizikal.

Ianya biasanya dilakukan di atas talian, seperti di internet.  Contoh cloud storage yang popular pada masa kini adalah Dropbox dan Google Drive.

KELEBIHAN CLOUD STORAGE

Dua kelebihan storan cloud yang paling utama adalah ianya boleh diakses di mana sahaja (asalkan ada talian internet), dan ianya menyukarkan penyebaran virus komputer.

Selain daripada itu, pengguna storan cloud juga boleh berkongsi dokumen/maklumat dengan banyak orang pada satu-satu masa, tanpa perlu berjumpa secara fizikal, sekaligus mempercepatkan pemindahan maklumat.

Kelebihan storan cloud yang lain hadir dari segi kesenangan ianya untuk berkongsi fail besar dengan individu lain dengan mudah.

Kini, penggunaan sistem eRPH juga menggunakan cloud storage Google Drive.

KEKURANGAN

Kekurangan paling besar cloud storage adalah dari segi pencapaian (akses), dimana penguna perlu sentiasa mempunyai capaian internet yang stabil untuk menggunakannya.

Jika capaian internet pengguna cloud adalah tidak stabil, proses menyimpan maklumat, serta proses mengambil/download maklumat akan memakan masa.

Selain daripada itu, penggunaan cloud storage juga akan menggunakan kuota internet yang agak besar, jika fail yang disimpan bersaiz besar.

Pengguna cloud storage juga kena berhati-hati terhadap kegiatan godam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

KEGUNAAN

Bagi saya, cloud storage sangat sesuai untuk menyimpan dokumen-dokumen pembelajaran yang berkaitan kerja.

Ini adalah kerana dokumen tersebut mudah dikongsi dengan rakan-rakan sekerja.

Selain daripada itu, ianya juga memudahkan saya mengakses dokumen tersebut di mana sahaja, tanpa risau akan serangan virus.

Ini membolehkan saya menggunakan pencetak awam bagi mencetak dokumen penting.

CLOUD STORAGE YANG POPULAR

Saya telah menggunakan cloud storage Dropbox dan Google Drive secara percuma sehingga kini tanpa banyak masalah.

Walaubagaimanapun, suka saya ingatkan bahawa kedua-dua storan tersebut mempunyai had simpanan maksimum.

Google Drive memberi 15GB storan percuma, manakala Dropbox hanya memberi 2GB secara percuma.

PENUTUP

Jika ana mahukan lebih tips seperti ini, anda boleh ke semua perkongsian yang telah dibuat oleh saya atau dihantar kepada saya.

Anda cuma perlu klik pada pautan dibawah untuk melihat senarai artikel yang pernah dikongsikan.

LIHAT LEBIH BANYAK PERKONGSIAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here