Proses kemasukan pelajar ke universiti awam (UA) tahun ini bagi sesi 2020/2021 diteruskan seperti biasa, meskipun Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ditunda.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menjelaskan lulusan kedua-dua peperiksaan itu dijangka memasuki UA pada Julai atau Ogos, tahun depan bagi program asasi dan diplomasi, termasuk matrikulasi.

Selain itu, katanya, pengambilan pelajar bagi program ijazah dalam kalangan lulusan STPM dan setaraf akan dilaksanakan pada Oktober, tahun depan.

“Susulan keputusan kerajaan menunda SPM dan STPM, ada pihak yang bertanya bagaimana pula dengan kemasukan pelajar ke UA bagi pengambilan tahun ini, iaitu sesi 2020/2021.

“KPT ingin memaklumkan proses kemasukan pelajar ke UA bagi tahun ini diteruskan seperti biasa, justeru permohonan masih dibuka sehingga 17 April ini melalui sistem UPUOnline,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pasca penutupan sistem permohonan menerusi UPUonline, KPT berkata penawaran dijangka dibuat pada 3 Jun ini untuk calon lulusan SPM dan STPM 2019 atau setaraf pada 18 Ogos depan.

BACA BERITA PENUH DI BERITA HARIAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here