Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019 akan dikeluarkan pada Khamis, 5 Mac 2020.

Seramai 416,416 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM pada tahun 2019 di 3,313 pusat peperiksaan di seluruh Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, 357,010 adalah calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan 8,320 adalah calon sekolah di bawah Agensi Kerajaan selain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Selain itu, 8,317 adalah calon Sekolah Menengah Agama Negeri; 2,209 adalah Sekolah Menengah Agama Rakyat; manakala 14,203 adalah calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM; dan 26,357 adalah calon Persendirian.

Menurut kenyataan dikeluarkan KPM hari ini, calon SPM 2019 boleh memperoleh keputusan daripada sekolah masing-masing mulai jam 10.00 pagi pada tarikh tersebut.

“Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan,” tambahnya.

BACA SELEBIHNYA DI ASTRO AWANI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here