Kementerian Pendidikan (KPM) yang akan memutuskan untuk guru kembali ke sekolah bagi menguruskan tugasan penyediaan sukatan pelajaran.

Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob berkata mana-mana guru yang tidak jelas dengan arahan tersebut boleh merujuk Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau menghubungi terus KPM sama ada mereka ada keperluan ke sekolah atau sebaliknya.

“Ini adalah perkara diputuskan Kementerian Pendidikan, walaupun sekolah belum mula tapi ada keperluan bagi guru untuk ke sekolah masing-masing untuk sediakan apa-apa sahaja perkara berkaitan pelajaran, jadi arahan dikeluarkan Kementerian Pendidikan.

“Jika guru ada apa-apa keraguan mereka boleh hubungi PPD masing-masing atau terus menghubungi Kementerian Pendidikan, termasuk melalui online untuk mendapatkan penjelasan, siapa yang dibenar dan siapa yang tidak dibenar,” katanya ketika sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya arahan tidak jelas kepada guru untuk hadir ke sekolah, memandangkan terdapat sekolah di beberapa negeri yang mengeluarkan arahan dan ada yang belum mengeluarkan sebarang pemakluman.

BACA BERITA PENUH DI FREE MALAYSIA TODAY

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here