Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa kedua, Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil pendekatan mengadakan sesi pembelajaran melalui televisyen pendidikan menerusi saluran baharu RTM, TV Okey, bermula minggu depan.

Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata sesi pembelajaran melalui televisyen pendidikan itu akan menawarkan siri latihan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan di negara ini, khususnya yang tidak mempunyai akses internet.

“Pendekatan ini diambil bagi memberi ruang kepada pelajar yang tiada akses kepada internet tetapi dapat akses kepada televisyen. Kita sedar bukan semua pelajar mendapat akses internet.

“Pendekatan ini diambil kementerian untuk memberikan seluas mungkin ruang dan peluang kepada bukan sahaja pelajar tetapi juga guru dan ibu bapa dalam mendapat akses kepada pendidikan sepanjang tempoh ini,” katanya ketika menjadi tetamu Program Bicara Naratif RTM, di sini, hari ini.

Mohd Radzi, yang juga menteri kanan, berkata walaupun kementerian mengeluarkan garis panduan sebelum ini, kelonggaran turut diberikan kepada guru untuk menentukan apakah kaedah terbaik yang boleh diguna pakai bagi memastikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa.

SEMAK SALURAN TV PENDIDIKAN

BACA BERITA PENUH DI BHARIAN

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here