Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan  bahawa penggal persekolahan Malaysia akan diubah.

Ini dilakukan selepas KPM menstruktur semula takwin persekolahan bagi tahun 2020.

Dalam pindaan tersebut, KPM menjelaskan bahawa cuti pertengahan tahun kedua bagi sekolah – sekolah Malaysia telah dikurangkan daripada sembilan hari kepada lima hari.

Turut terkesan akibat pindaan tersebut adalah Cuti Akhir Tahun yang dikurangkan sebanyak hampir dua pertiga daripada jumlah cuti asal.

Kenyataan media KPM menjelaskan bahawa sekolah – sekolah Kumpulan A akan dikurangkan Cuti Akhir Tahun dari 42 hari kepada 14 hari, manakala sekolah – sekolah Kumpulan B akan mendapati Cuti Akhir Tahun mereka dikurangkan dari 41 hari kepada 13 hari.

KPM berkata pindaan kepada takwin itu akan menyaksikan waktu bersemuka selepas pindaan adalah 168 hari bagi semua sekolah dengan waktu pembelajaran di rumah sepanjang waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan bagi pelajar Tingkatan 5 dan 6 Atas adalah 56 hari bagi sekolah Kumpulan A, dan 55 hari bagi sekolah Kumpulan B.

Perubahan takwin bagi kedua – dua kumpulan sekolah tersebut boleh dilihat dibawah.

Anda boleh muat turun takwin penuh di laman web KPM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here