Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan bahawa Peperiksaan Semester II (PSPM) Program Matrikulasi KPM sesi 2019/2020 yang dijadualkan pada 27 April hingga 4 Mei ini, dibatalkan.

KPM dalam kenyataan, memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan penelitian terhadap situasi semasa Covid-19.

“KPM menyedari keputusan peperiksaan itu amat penting kepada pelajar Program Matrikulasi sesi berkenaan bagi permohonan ke universiti awam kemasukan sesi 2020/2021.

“Justeru, KPM memutuskan bahawa keputusan peperiksaan Semester II akan digantikan dengan keputusan penilaian berterusan yang sudah dilaksanakan bagi semester berkenaan.

“Ia selari dengan keputusan mesyuarat Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam pada 24 Mac lalu. Justeru, keputusan akhir untuk pelajar Matrikulasi sesi 2019/2020 adalah berdasarkan gabungan keputusan Semester I dan keputusan penilaian berterusan Semester II,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan KPM juga memutuskan bahawa pengajian Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2019/2020 ditamatkan sepenuhnya bermula hari ini selepas mengambil kira pembatalan peperiksaan Semester II.

BACA BERITA PENUH DI HARIAN METRO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here