Saya telah membangunkan Latihan topikal ASK Tingkatan 1 secara online dibawah bagi kemudahan pelajar saya dan pelajat Asas Sains Komputer (ASK) pada amnya.

Kuiz ini saya bangunkan bagi memudahkan pelajar membuat ulangkaji di rumah.

Kuiz ini dibuat dalam bentuk aneka pilihan dan pelajar boleh menyemak sendiri jawapan mereka.

Bahan yang terdapat di sini memenuhi keperluan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan secara menyeluruh mengikut prinsip bahawa semua mata pelajaran yang terkandung dalam KSSM memainkan peranan yang penting bagi memenuhi keperluan jasmani, rohani, emosi dan intelek untuk membantu perkembangan potensi individu.

Berdasarkan prinsip ini, pendidikan merupakan satu usaha berterusan seperti yang telah dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Malaysia.

Proses pendidikan merupakan suatu proses yang berlaku secara berterusan sejak kita dilahirkan sehingga kita mati. Prinsip inilah yang telah diterapkan dalam KBSM dan KSSM, yang menggalakkan manusia menuntut ilmu sama ada secara formal ataupun tidak.

Sekolah memainkan peranan yang penting untuk memastikan pendidikan dituntut sepanjang hayat. Hal ini kerana sekolah memainkan peranan sebagai tempat murid-murid memperoleh ilmu dan belajar kemahiran yang tertentu.

Selain itu, daripada sekolah disamping peranan guru, murid juga dapat memupuk minat mereka untuk menimba ilmu dan seterusnya berusaha untuk mencari ilmu di mana jua berada.

LATIHAN TOPIKAL ASK TINGKATAN 1

Bagi mengikuti kuiz tersebut, anda boleh klik pada pautan yang diberikan dibawah.

Apabila pautan dibawah diklik, anda akan dibawa ke satu laman Google Quiz bagi menjawab soalan yang sesuai.

Adalah diharap bahawa kuiz tersebut akan membawa manfaat kepada semua pelajat ASK.

Anda juga boleh mendapatkan lebih banyak soalan ASK pada pautan ini: bit.ly/chegucyrilASK atau dengan klik sahaja pada butang dibawah.

SEMAK BAHAN ASAS SAINS KOMPUTER

Jika anda ada sebarang maklumbalas berkenaan kuiz tersebut, hubungi saya di chegu[at]cyrildason[dot]com atau di laman Facebook saya: FB.com/cyrildason

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here