DR Maszlee Malik hari ini, secara rasmi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan, berkuat kuasa esok.

Beliau membuat pengumuman berkenaan pada sidang media di luar lobi bangunan Kementerian Pendidikan di Kompleks E, Putrajaya.

“Selepas pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sebentar tadi dan atas nasihat beliau, ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, saya dengan hati yang reda walaupun berat dengan ini memulangkan semula jawatan sebagai Menteri Pendidikan kepada Perdana Menteri berkuatkuasa 3 Januari 2020.

“Saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih Perdana Menteri kerana memberi peluang selama 20 bulan untuk saya mengemudi Kementerian Pendidikan,” katanya, hari ini.

Pada masa sama, Maszlee mengakui bukan mudah untuk beliau yang tidak mempunyai latar belakang politik untuk menerajui Kementerian Pendidikan.

BACA BERITA PENUH DI HARIAN METRO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here