Maklumat berkenaan pendaftaran online Tahun 1 Sekolah Rendah dikongsikan di sini.

Ini memandangkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kini melaksanakan sistem pendaftaran secara online bagi kemasukan pelajar ke sekolah – sekolah rendah kerajaan seluruh negara.

Permohonan melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM melibatkan hampir semua sekolah seluruh negara.

PENERANGAN AM PENDAFTARAN ONLINE TAHUN 1 SEKOLAH RENDAH

  • Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membuat permohonan bagi murid tersebut
  • Layari https://public.moe.gov.my/ untuk akses ke sistem permohonan dalam talian bagi pengguna berdaftar. Manakala bagi pengguna baharu, sila layari https://public.moe.gov.my/?kpm=daftarpengguna untuk pendaftaran pengguna baharu.
  • Permohonan melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM – hanya untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia sahaja. Manakala bagi Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, permohonan adalah secara manual melalui sekolah.

PERMOHONAN SECARA ONLINE (SEKOLAH SEMENANJUNG)

  • Dibuka dua tahun sebelum kemasukan pelajar tersebut ke Tahun 1.
  • Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membuat permohonan bagi murid tersebut
  • Layari https://eprasekolah.moe.gov.my/ untuk akses ke sistem permohonan dalam talian
  • Borang yang lengkap diisi perlu dicetak dan diserahkan kepada sekolah yang dipohon beserta dengan senarai semak yang dinyatakan di dalam borang permohonan
  • Penyerahan borang perlu dilakukan di dalam tempoh permohona

PERMOHONAN SECARA MANUAL (SABAH/SARAWAK/LABUAN)

  • Dibuka dua tahun sebelum kemasukan sebenar pelajar ke sekolah berkenaan
  • Ibu/bapa/penjaga boleh mendapatkan borang permohonan di sekolah/institusi yang ingin dimohon
  • Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan semula kepada sekolah yang dipohon beserta dengan dokumen berkaitan
  • Penyerahan borang perlu dilakukan di dalam tempoh permohonan
  • Semakan Keputusan Permohonan Online Tahun 1 Ambilan 2019
  • Ibubapa atau penjaga yang telah membuat pendaftaran secara online tahun 1 ambilan 2019 boleh membuat semakan keputusan disini

PERGI KE SISTEM APLIKASI SEMAKAN PERMOHONAN TAHUN 1 (SPATKPM)

SOALAN LAZIM BERHUBUNG SPATKPM

  1. Mengapakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan? Memudahkan permohonan ke tahun 1 dan sekolah kawalan tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.
  2. Bagaimanakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini berfungsi? Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1 dan ke sekolah kawalan.
  3. Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna? Ibu bapa dan penjaga.
  4. Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar sebagai pengguna baru? Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar Rujukan: Manual Pengguna.
  5. Selepas membuat pendaftaran, saya mendapati No. Mykad yang dimasukkan adalah salah, apakah yang harus saya lakukan? Sila daftar semula dengan menggunakan No. Mykad yang betul. Sekiranya telah memohon menggunakan ID Pengguna yang salah atau menggunakan MyKid murid, Pengguna boleh teruskan permohonan dengan menggunakan ID tersebut.
  6. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa? Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN. Mohon semak Email (berdasarkan email yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)
  7. Bagaimanakah jika Email yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN? E-mel kepada pihak admin. (Dengan subjek email: Email tidak sah untuk fungsi katalaluan)
  8. Bagaimanakah jika hendak mengemaskini maklumat pengguna sistem selain dari ID Pengguna? Sila Daftar Masuk terlebih dahulu, kemudian klik butang menu UTILITI.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here