Rancangan Pengajaran ASK Tingkatan 2 adalah bahan persediaan untuk guru yang dijadikan rujukan guru bagi mengajar ASK.  Ianya juga disebut RPH.

Dokumen ini perlu disediakan oleh setiap guru Malaysia bagi membuktikan bahawa mereka telah bersedia untuk menjalankan sesi pengajaran pada waktu yang ditetapkan.

Rancangan untuk Pengajaran yang saya kongsikan dibawah adalah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), sekaligus menjadikannya satu sumber rujukan yang baik.

KEPENTINGAN RANCANGAN PENGAJARAN

RPH yang baik akan membolehkan guru cukup bersedia untuk mengajar kelas beliau.

Ini adalah kerana rancangan ini memberikan guru satu persediaan dari segi fizikal, mental dan juga kelengkapan untuk menurunkan ilmu kepada pelajarnya dengan baik.

Dokumen ini juga merupakan satu bukti bahawa guru telah melaksanakan tugas utama beliau, iaitu mengajar.

APA YANG ADA DI DALAM RANCANGAN PENGAJARAN

Rancangan pengajaran pada amnya mengandungi maklumat seperti kelas yang akan diajar.  Ianya diibaratkan seperti diari kerja seorang guru di Malaysia.

Biasanya rancangan ini disebut  dengan nama ringkasnya RPH, dan ianya akan disediakan mengikut tarikh dan masa sesi pembelajaran tersebut akan diadakan.

Selain itu, guru juga turut akan menentukan objektif pembelajaran hari tersebut, dan merangka strategi serta cara beliau akan memenuhi sasaran yang telah ditetapkan.

Nilai – nilai yang akan diterapkan di dalam sesi pengajaran juga akan ditulis di dalam buku rancangan ini.  Nilai – nilai ini termasuklah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), nilai – nilai Sains and nilai -nilai moral.

Akhir sekali, rancangan pengajaran akan ditutup dengan kesimpulan dan refleksi untuk sesi pengajaran hari tersebut.

Biasanya rancangan ini akan disemak oleh guru senior pada akhir minggu atau akhir bulan.

SENARAI RANCANGAN PENGAJARAN ASK TINGKATAN 2 YANG BOLEH DIMUAT TURUN

MAKLUMAT PENUH ASAS SAINS KOMPUTER

Bagi memudahkan guru – guru, mahupun pelajar mencari bahan di dalam laman ini, saya telah membuat sitemap untuk mata pelajaran ASK.

Sitemap ini adalah satu muka surat di laman web ini yang mempunyai senarai lengkap berkenaan semua tajuk dan bahan yang dikongsikan untuk ASK.

Saya akan mengemaskini sitemap ini setiap kali ada penambahan bahan berkaitan pada masa hadapan.

Untuk ke sitemap ASK, sila ke sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here