Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019 akan diumumkan pada 25 Februari ini.

BH Online melaporkan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini, memaklumkan bahawa calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing masing pada tarikh berkenaan mulai jam 12 tengah hari.

Calon persendirian pula akan memperolehnya melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT dan menghantarkannya ke 15888.

Mereka juga boleh membuat semakan secara dalam talian dengan melayari portal MPM di alamat http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada tarikh berkenaan.

BACA BERITA PENUH DI HARIAN METRO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here