SPM adalah singkatan untuk Sijil Pelajaran Malaysia.

Ia merupakan peperiksaan kebangsaan yang utama, yang ditadbir secara berpusat dengan elemen penilaian kerja kursus yang ditadbir oleh sekolah dan diambil di akhir pendidikan sekolah menengah.

Pelaksanaan SPM diselaaskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

SIAPA MENDUDUKI SIJIL PEPERIKSAAN MALAYSIA?

SPM terbuka kepada semua pelajar yang telah menamatkan pendidikan menengah, atau yang telah mengikuti lima atau enam tahun sekolah rendah dan telah menyempurnakan lima tahun pendidikan menengah atau sekurang-kurangnya telah menghabiskan dua tahun sekolah menengah selepas PMR/PT3.

APAKAH OBJEKTIF SPM?

Objektifnya adalah untuk persijilan mata pelajaran. Ia merekodkan pencapaian pelajar/calon dalam setiap mata pelajaran yang lulus sahaja berserta dengan syarat minimum lulus Bahasa Melayu.

Ia digunakan untuk kemasukan ke institut pengajian tinggi berdasarkan pencapaian kombinasi mata pelajaran dalam SPM yang sesuai dengan kursus yang hendak diikuti.

Ia juga digunakan untuk kelayakan mendapatkan biasiswa dan untuk tujuan-tujuan pekerjaan.

APAKAH MATA PELAJARAN DIUJI DALAM SPM?

SPM mengikut Sistem Pensijilan Terbuka menawarkan lebih banyak mata pelajaran.

Selain daripada mata pelajaran teras dan akademik, ia juga menawarkan mata-mata pelajaran mengikut bidang iaitu agama, vokasional, teknikal dan teknologi.

BANTUAN UNTUK PELAJAR/CALON SPM

Jika anda adalah calon SPM, saya membangunkan koleksi soalan dan nota untuk rujukan pembelajaran anda.

Koleksi soalan dan nota tersebut boleh anda capai pada pautan dibawah.

SOALAN PEPERIKSAAN SPM

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here