Slip gaji guru online merupakan satu dokumen penting yang bukan sahaja kepada guru, tetapi kepada banyak organisasi, khususnya organisasi kewangan.

Slip gaji merupakan satu dokumen yang diterima setiap pekerja daripada majikan dan ianya menunjukkan jumlah gaji kasar serta potongan daripada pekerjanya.

Untuk seorang guru, slip gaji menunjukkan jumlah gaji kasar, jumlah elaun diterima, serta potongan-potongan bulanan yang dibuat oleh guru tersebut setiap bulan.

KEPENTINGAN SLIP GAJI GURU

Secara amnya, slip gaji penting untuk urusan-urusan kewangan seseorang guru.

Ini termasuklah untuk memohon pinjaman, ataupun menyemak jumlah bayaran gaji dan elaun yang diperolehi setiap bulan.

Walaupun slip gaji dilihat sangat penting ketika seseorang guru masih di dalam tempoh perkhidmatannya, dokumen tersebut sebenarnya juga menjadi amat penting apabila guru juga ingin bersara.

AKSES SLIP GAJI ONLINE GURU

Pada masa kini, slip gaji bagi semua kakitangan kerajaan Malaysia, termasuk guru di Malaysia telah dimuat naik secara atas talian (online).

Oleh itu, ianya boleh di muat turun (download) oleh para guru melalui sistem e-Penyata yang dibangunkan oleh pihak Jabatan Akauntan Negara.

Sistem ini pada asasnya memerlukan seseorang guru memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan sebelum mereka boleh mengakses slip gaji tersebut.

Untuk mengakses slip gaji, anda boleh menggunakan pautan dibawah.

Slip Gaji Guru

LOGIN KE SLIP GAJI GURU

LUPA KATA LALUAN SLIP GAJI ONLINE

Sekiranya anda terlupa kata laluan sistem E-Penyata sila masuk ke skrin Daftar and klik pada “Lupa Kata Laluan”. Sejurus selepas mengaksesnya, anda akan dikemuka pilihan soalan yang telah dimasukkan semasa pendaftaran E-Penyata Gaji pada kali pertama.

Jika soalan dan jawapan adalah tepat, kata laluan “E-Penyata Gaji” akan dinyatakan untuk akses semula ke dalam sistem.

Sekiranya anda terlupa jawapan, sila klik “Daftar Semula” untuk pendaftaran semula, sekiranya No. Gaji dan Kad Pengenalan masih sah dalam sistem E-Penyata, pendaftaran semula akan berjaya untuk akses semula ke sistem E-Penyata.

E-Penyata merupakan sistem daftar masuk ANM untuk menyemak, mengakses dan print slipgaji Kakitangan Kerajaan secara online dan secara tidak langsung akan memudahkan penggunaan E-Penyata dengan penjimatan kos kerajaan yang tinggi.

INFO PENTING SLIP/PENYATA GAJI

Sistem e-Penyata hanya menyimpan maklumat Penyata Gaji Bulanan bagi tempoh 18 bulan dan Penyata Pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 tahun terkini sahaja.

Selepas daripada tempoh tersebut, maklumat akan dikeluarkan secara automatik daripada sistem.

Adalah menjadi tanggungjawab tuan/puan untuk memuat turun maklumat tersebut untuk kegunaan tuan/puan pada masa hadapan.

PENAFIAN DAN MAKLUMAN

Maklumat di atas telah dikemaskini pada 18 Februari 2020.

Semua maklumat tersebut telah dipercayai benar dan betul pada tarikh penulisan. Sekiranya terdapat perbezaan maklumat diatas dengan maklumat terkini, anda boleh memaklumkan pihak admin Chegu CyrilDason di sini untuk membolehkan ianya ditukar serta merta.

Pihak Chegu CyrilDason tidak bertanggungjawab keatas sebarang masalah/liabiliti/kerosakan yang berpunca daripada penggunaan laman web ini.

Terima kasih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here