SPL KPM atau Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia, dahulunya dikenali sebagai Sistem Pengurusan Latihan Guru atau eSPLG.

SPL KPM merupakan sistem aplikasi secara atas talian (on-line) yang dibangunkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk mengurus, mentadbir dan merekod semua maklumat/data latihan yang dihadiri oleh warga guru.

Sebelum ini, para guru menggunakan kad kecil yang berwarna biru untuk merekod latihan seperti kursus, bengkel, taklimat, seminar, konvensyen, forum, simposium, lawatan sambil belajar atau lawatan rasmi yang dihadiri sama ada yang diadakan di luar sekolah atau di dalam sekolah.

Kad pelaporan ini perlu diisi secara manual. Kad pelaporan ini kecil, maka guru-guru selalunya akan terpaksa membuat salinan terlebih dahulu sebelum mengisinya sebagai persediaan awal mengelak “liquid” digunakan.

LOG MASUK KE SPL KPM

Terdapat beberapa jenis akses di dalam sistem SPL KPM.  Setiap akses memberi kuasa berlainan kepada penggunanya.

Guru pada amnya tidak diberi kuasa untuk memilih jenis akses yang mereka perolehi.

Akses kepada sistem SPL dikawal oleh Setiausaha SPL di kebanyakan sekolah dan beliau bertanggungjawab memantau dan memastikan sistem SPL digunapakai oleh guru-guru sekolah beliau.

LOGIN SPL KPM

Walaubagaimanapun, bagi kebanyakan pengguna ataupun guru, login ke akaun persendirian adalah pilihan login utama.  Akses ke akaun persendirian akan menyaksikan guru dapat menyemak dan memasukkan maklumat kursus yang telah mereka dihadiri.

PENAMBAHBAIKAN SISTEM

Bagi memudahkan tugas Setiausaha SPL, sistem Kod QR juga telah diperkenalkan oleh SPL.  Sistem ini memudahkan guru memasukkan maklumat kursus yang mereka hadiri ke dalam rekod peribadi SPL mereka.

Guru hanya perlu mengimbas Kod QR dan maklumat kursus yang mereka hadiri akan dimasukkan secara automatik ke dalam sistem.

Satu lagi penambahbaikan SPL yang membantu Setiausaha SPL sekolah adalah pengenalan kaedah memasukkan maklumat kursus secara sendiri oleh guru yang hadir sesuatu kursus.

Melalui kaedah ini, guru hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan sendiri ke satu pautan yang diberikan, dan mengesahkan mereka telah menghadiri kursus yang terpampang.  Ini akan sekaligus membenarkan SPL memasukkan maklumat kehadiran kursus tersebut terus ke dalam sistem SPL KPM.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here