SSQS (Smart School Qualification Standards) adalah sistem penarafan bintang yang dicapai oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Tujuan pelaksanaaanSSQS adalah untuk menilai amalan-amalan terbaik bagi pembudayaan ICT di 88 buah sekolah Bestari dan diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara.

Aplikasi ini digunakan untuk membuat kajian dan mendapatkan maklumbalas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah.

Bermula penggunaan secara manual di semua sekolah bestari dan kini aplikasi telah dibina berasaskan web dan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.

OBJEKTIF SSQS

Terdapat lima objektif SSQS seperti berikut:
1. Menjadi satu sistem petunjuk untuk mengukur penggunaan ICT dalam pendidikan,
2. Memberi asas untuk perancangan polisi dan pembaikan program,
3. Menaiktarafkan piawaian dalam pendidikan,
4. Menjadi pemangkin (catalyst) untuk perubahan dalam pendidikan, dan
5. Memperkasakan (empower) guru dan murid.

RESPONDEN TINJAUAN

1 orang pentadbir
1 orang koordinator
30 orang guru
30 orang murid

Bagi sekolah SKM (bilangan murid kurang daripada 150 orang)

1 orang pentadbir
1 guru Penyelaras ICT
Sekurang-kurangnya 6 orangg guru iaitu seorang satu subjek
Sekurang-kurangnya 6 orang murid iaitu seorang satu subjek.

LOGIN KE SSQS

SSQS

Bagi responden kepada SSQS, anda perlu memasukkan token yang boleh diperolehi daripada guru penyelaras bestari sekolah anda.

LOG MASUK SSQS

REVIEW OVERVIEW
Antaramuka
Populariti
Previous articleSSO – Sistem Pengurusan Sekolah KPM
Next articleUPU Online 2020
Cyril Dason adalah seorang guru yang mengajar mata pelajaran Asas Sains Komputer dan PVMA - PPU.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here