TENTANG CHEGU.CYRILDASON

Blog perkongsian pendidikan bertajuk ‘Chegu.CyrilDason’ ini dimulakan pada tahun 2014.

Blog ini diharap mampu membantu ramai pihak khususnya para pelajar dan guru mendekati dan memahami subjek yang saya ajar.

Ianya juga diharap dapat menggalakkan pembelajaran melangkaui batas.

ISI KANDUNGAN DALAM CHEGU.CYRILDASON

Blog ini meliputi tiga mata pelajaran utama yang saya ajar iaitu Literasi Teknologi Maklumat (ICTL), Asas Sains Komputer (ASK), Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) dan Penyejukan dan Penyamanan Udara (PPU).

Sungguhpun demikian, mata pelajaran lain juga saya kongsikan di CHEGU.CYRILDASON sekiranya bahan tersebut saya perolehi.

Selain maklumat berkenaan sesi pembelajaran, saya juga berkongsin tentang Teknologi Maklumat & Komunikasi (Lebih popular dengan nama ICT), berita pendidikan semasa serta tips-tips yang bagi saya boleh membantu rakan guru dan pelajar untuk memahami dan menambah pengetahuan.

Turut saya masukkan adalah maklumat berkenaan sistem-sistem online yang sering digunapakai oleh warga Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ini saya lakukan agar wujudnya satu panduan berhubung sistem – sistem tersebut, sekaligus membantu sahabat guru dan pelajar yang memerlukan bantuan.

PENUTUP

Saya beraspirasi untuk terus mengemaskini dan melengkapkan lagi blog ini agar dapat membawa lebih manfaat dan membawa hasil positif kepada semua yang mengikuti perkembangan blog ini bukan sahaja para pelajar saya, malah rakan sekerja saya dan para pendidik bangsa.

Sekian, terima kasih.
Cyril Dason
Email: chegu@cyrildason.com
Tel: +60168756183