Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) bakal bekerjasama dalam menyiarkan slot program TV Pendidikan di saluran Tutor TV Astro.

Menerusi kenyataan pada Ahad, KPM berkata kerjasama ini merupakan tambahan kepada siaran slot TV Pendidikan yang kini bersiaran di saluran TV Okey, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula 6 April lalu.

“Inisiatif ini adalah untuk meningkatkan akses murid kepada bahan pembelajaran melalui platform alternatif selain daripada pembelajaran dalam talian.

“Pendekatan ini akan dapat membantu murid yang tidak mendapat capaian internet mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dari rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pasca PKP,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, KPM berkata slot TV Pendidikan di saluran Tutor TV Astro akan mula bersiaran pada 4 Mei 2020.

“Program ini akan disiarkan selama dua jam pada setiap Isnin hingga Jumaat.

“Sementara itu, waktu siaran adalah pada pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi menerusi saluran 601 dan pada pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari menerusi saluran 603,” katanya.

BACA BERITA PENUH DI ASTRO AWANI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here