Program TV Pendidikan diperkenalkan melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk membolehkan pelajar mendapat akses kepada bahan pembelajaran melalui platform alternatif terutamanya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam kenyataan hari ini berkata program itu akan mula bersiaran pada 6 April ini menerusi saluran TV Okey, iaitu satu daripada saluran RTM.

Sebagai permulaan, KPM berkata program itu akan disiarkan selama dua jam pada 9 hingga 10 pagi dan 1 tengah hari hingga 2 petang pada setiap hari sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Kementerian itu berkata slot TV pendidikan dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu merupakan tambahan kepada siaran EduwebTV yang pada ketika ini dilaksanakan oleh KPM secara web streaming.

“Melalui kerjasama ini, KPM menyediakan rancangan berbentuk pembelajaran yang bersesuaian untuk disiarkan oleh RTM.

“Dengan ini, pelajar yang tidak mendapat capaian internet tidak akan ketinggalan dan masih boleh mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di rumah melalui televisyen,” katanya.

BACA BERITA PENUH DI BERNAMA

BACA TENTANG TV PENDIDIKAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here