Kertas Ujian Progressif 1 ASK Tigkatan 2 ini diperolehi daripada SMK Matang Jaya, Kuching.

Pada kebiasaannya, Ujian Progressif 1 diadakan pada bulan Mac bagi menguji tahap kefahaman pelajar kepada tajuk – tajuk yang telah diajar oleh guru pada minggu – minggu selepas sekolah dibuka.

Jika anda belum tahu, ASK (Asas Sains Komputer) adalah antara mata pelajaran wajib lulus bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran ini di peringkat menengah rendah.

TAJUK YANG DILIPUTI UJIAN PROGRESSIF 1 ASK TINGKATAN 2

Untuk Ujian Progressif 1 ASK Tigkatan 2 ini, tajuk – tajuk dari Tingkatan 1 telah turut diliputi.

Ianya juga meliputi tajuk Bab 1 Tingkatan 2, yakni tajuk Perwakilan Data.

Berikut adalah tajuk yang dimasukkan ke dalam Ujian Progressif 1 ini:

  • TINGKATAN 1
    • Konsep Asas Pemikiran Komputasional
    • Perwakilan Data
    • Algoritma
    • Kod Arahan
  • TINGKATAN 2
    • Perwakilan Data

Ini adalah untuk membolehkan pelajar dan guru mengetahui perkembangan dan pemahaman pelajar di dalam tajuk -tajuk yang sudah diajar sebelum ini.

FORMAT KERTAS SOALAN

Soalan bagi ujian ini tidak mengikut format sebenar PT3. Pengagihan markah bagi setiap soalannya juga tidak mengikut standard PT3.

Ini adalah kerana ujian Progressif bagi kelas – kelas bukan peperiksaan di SMK Matang Jaya tidak perlu mengikut format sebenar peperiksaan.

Pada amnya, kertas soalan ini dibahagikan kepada 3 bahagian:

  • Bahagian A: Soalan Objektif
  • Bahagian B: Soalan Struktur
  • Bahagian C: Soalan Esei

Masa bagi peperiksaan adalah hanya 1 jam.

Jawapan, termasuk jawapan Bahagian B boleh diisi terus di dalam kertas soalan.  Kertas OMR tidak diperlukan.

MUAT TURUT UJIAN ASK TINGKATAN 2

Anda boleh memuat turun Ujian Progressif 1 ASK Tigkatan 2 di bawah.

MUAT TURUN UJIAN PROGRESSIF 1 ASK

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here