Permohonan UPU Online 2020 Ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi (KM), Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Sesi Akademik 2020/2021 dibuka kepada lepasan SPM dan STPM/Setaraf pada 24.2.2020.

Tarikh tutup bagi permohonan UPU Online adalah seperti berikut:

Lepasan SPM : 31.3.2020
Lepasan STPM/Setaraf : 7.4.2020

KATEGORI PERMOHONAN UPU ONLINE 2020

Terdapat dua kategori utama pemohon UPU Online 2020 yakni untuk pemohon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pemohon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf.

Lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)

  • Terbuka kepada kategori A (SPM 2019) dan Kategori B (SPM 2018 & 2017)
  • Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/ My Kad yang sah dan diperakui oleh Jabatan Pendaftaran Negara
  • Peringkat pengajian sijil, asasi,matrikulasi, diploma dan sarjana muda
  • Program pengajian di Universiti Awam, Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam
  • Rujuk syarat di e-Panduan

Lepasan STPM atau setaraf

  • Terbuka kepada lepasan STPM 2019, Matrikulasi KPM/Asasi PASUM/Asasi UITM (tahun semasa), STAM 2019 dan 2018, dan Diploma/Setaraf
  • Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/ My Kad yang sah dan diperakui oleh Jabatan Pendaftaran Negara
  • Menyambung ke peringkat pengajian ijazah sarjana muda di UA
  • Program pengajian di 20 Universiti Awam diseluruh Malaysia
  • Rujuk syarat di e-Panduan

SEMAKAN STATUS UPU ONLINE 2020

Status permohonan UPU, status kelayakan dan keputusan permohonan dan rayuan pemohon boleh disemak di laman web rasmi UPU seperti dibawah.

UPU ONLINE 2020

SEMAK UPU ONLINE 2020

Anda juga boleh memuat turun aplikasi UPU Online untuk memudahkan semakan keputusan dan rayuan berkenaan UPU.

DOWNLOAD APLIKASI UPU ONLINE

RAYUAN UPU ONLINE 2020

Kepada yang gagal dalam permohonan UPU, berikut adalah panduan untuk anda membuat permohonan rayuan.

Permohonan e-rayuan boleh dikemukakan bermula pada 31 Julai sehingga 8 Ogos 2019 (STPM setaraf).

Bermula pada tahun 2018, pihak UPU tidak lagi menawarkan kursus “LELONG” kepada pelajar secara automatik seperti mana sebelum ini.

Pelajar hanya akan ditawarkan kursus berdasarkan pilihan mereka sahaja. Jadi, tidak perlu risau lagi jika ditawarkan kursus yang bukan pilihan melainkan jika pemohon terpaksa membuat rayuan di FASA 2 dan berjaya dipilih dalam rayuan tersebut.

Kursus yang ditawarkan adalah kursus bukan pilihan.

Proses permohonan rayuan dibahagikan kepada dua (2) fasa :

i. FASA 1 (Sebelum pendaftaran pelajar baharu)

ii. FASA 2 (Selepas pendaftaran pelajar baharu)

RAYUAN FASA 1

Bagi permohonan RAYUAN FASA 1, ianya akan dibuka sebaik sahaja keputusan diumumkan.

Hanya yang tidak berjaya ditawarkan langsung ke mana-mana institusi awam sahaja layak membuat rayuan.

Sekiranya pemohon berjaya dalam rayuan fasa 1 ini, keputusan akan diumumkan sebelum tarikh kemasukan ke universiti dan pemohon akan masuk mendaftar bersama-sama dengan pemohon ambilan pertama yang berjaya.

Bagi pemohon yang masih gagal dalam permohonan rayuan fasa 1, masih diberi peluang dalam rayuan fasa ke-2.

RAYUAN FASA 2

Rayuan fasa 2 ini adalah automatik, pelajar tidak perlu lagi memohon.

Mana-mana pelajar yang gagal dalam rayuan FASA 1, secara automatik akan merayu di FASA 2.

Pihak UPU akan mengenal pasti kursus manakah yang masih ada kekosongan tempat selepas pendaftaran pelajar baharu di Universiti Awam dan menawarkannya kepada pelajar.

Oleh itu, jumlah kursus dan pelajar yang bakal berjaya bagi rayuan fasa 2 bergantung kepada bilangan kekosongan tempat yang masih ada selepas pendaftaran pelajar baharu.

Pemohon tidak lagi dibenarkan memilih kursus pengajian. Ianya akan diawarkan secara automatik mengikut kekosongan.

REVIEW OVERVIEW
Antaramuka
Populariti
Previous articleSSQS
Next articleAPDM KPM eKEHADIRAN
Cyril Dason adalah seorang guru yang mengajar mata pelajaran Asas Sains Komputer dan PVMA - PPU.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here