WIM PVMA – PPU Tingkatan 4 atau bahan pengajaran bertulis (WIM) Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) Penyejukbekuan dan Penyamanan Urada (PPU) ialah dokumen utama yang disediakan untuk kegunaan guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Bahan Pembelajaran dalam WIM terdiri daripada tiga (3) komponen bahan pembelajaran iaitu Kertas Penerangan, Kertas Tugasan dan Kertas Kerja.

Di bawah ini dihuraikan berkenaan ketiga – tiga kertas di dalam WIM.

Kertas Penerangan (Information Sheet)

Helaian maklumat yang digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran semasa penyampaian teori.  Ianya bertujuan untuk menjelas dan menambah lagi pemahaman dan pengetahuan murid dengan menekankan “Mengapa” kemahiran itu perlu dilaksanakan dan bukan “Bagaimana” ianya dilaksanakan.

Kertas penerangan hendaklah mempunyai ciri berikut, iaitu:

  • Cukup cakup, tepat dan mudah difahami, keperluan DSK dipenuhi; dan
  • Sentiasa dikemaskini mengikut perubahan teknologi semasa.

Kertas Tugasan (Assignment Sheet)

Helaian tugasan yang mengandungi pelbagai bentuk soalan sebagai latihan kepada murid untuk merangsang minda, menguji pemahaman dan mengaplikasikan pengetahuan murid berdasarkan teori yang telah dipelajari.

Kertas tugasan tidak diambil kira sebagai penilaian kerja kursus.

Kertas tugasan hendaklah mempunyai ciri berikut iaitu:

  • Sebagai latihan kendiri (self check) kepada murid sebelum menghadapi penilaian kerja kursus dan penilaian akhir;
  • soalan boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dengan merujuk kepada kertas penerangan yang berkaitan; dan

Kertas tugasan juga boleh disediakan dalam bentuk kajian kes, perbincangan kumpulan dan sebagainya.

Kertas Kerja (Work Sheet)

Helaian yang menunjukkan langkah dan butiran kerja bagi membimbing murid untuk menguasai kemahiran yang ditetapkan.

Sebagai latihan kendiri (self check) kepada murid sebelum menghadapi penilaian kerja kursus dan penilaian akhir.

Kertas kerja tidak diambil kira sebagai penilaian kerja kursus.

Mengandungi soalan pendek yang akan ditanya secara lisan sepanjang latihan amali dilaksanakan.

MUAT TURUN WIM PVMA – PPU TINGKATAN 4

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here